Bahan-Bahan
600 gm tepung gandum Garam secukup rasa 130 gm marjerin 20 gm lemak sayuran 1 biji telur 200-220 ml air
Daun Kari Minyak masak
Cara membuatnya 1. Ayak tepung bersama garam. 2. Gaulkan marjerin dan lemak sayuran dengan tepung. 3. Bila sebati, masukkan telur dan sedikit demi sedikit air.
4. Uli menjadi doh yang lembut. 5. Ambil sedikit, tekan di atas acuan hingga nipis. 6. Kemudian gulung seperti menjadi bentuk siput. 7. Goreng di dalam minyak panas hingga keemasan. 8. Angkat dan sejatkan. Bila sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.
* Mengikut resepi asalnya daun kari tidak digunakan. Walaubagaimana pun saya letak daun kari agar aroma baunya naik. Daun kari digunakan semasa mengoreng, apabila kuih siput hampir masak kekuningan masukkan daun kari tersebut.
* Sebenarnya kuih siput ni saya buat untuk keluarga makan-makan aje masa hari raya, entah macam mana wife bawa sample bersama sample biskut raya Abang Din ke sekolah. Jadi bila kawan-kawan wife rasa diorang order itulah permulaannya. Raya tahun ini dapat order 12 bekas, jenuh tangan nak mengelek.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan