Bahan-Bahan **** KUIH GUNTING
600 gm tepung gandum
10 gram garam
130 gm marjerin
20 gm Shortening
1 biji telur
5 gram Jintan Manis
190 gram air
Daun Kari
Minyak masak
Cara membuatnya :
1. Gaulkan marjerin dan shortening dengan tepung.
2. Bila sebati, masukkan telur dan sedikit demi sedikit air.
3. Uli menjadi doh yang lembut.
4. Ambil sedikit, gunting kecil, terpulang ikut selera sendiri pun boleh.
5. Goreng di dalam minyak panas hingga keemasan, masuk helaian daun kari.
6. Angkat dan sejatkan. Bila sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.
SELAMAT MENCOBA ....😃
* Mengikut resepi asalnya daun kari tidak digunakan. Walaubagaimana pun saya letak daun kari agar aroma baunya naik. Daun kari digunakan semasa mengoreng, apabila kuih gunting hampir masak kekuningan masukkan daun kari tersebut.
Rabu, 21 Oktober 2015
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan