Glitter Text Generator at TextSpace.net Glitter Text Generator at TextSpace.net

Sabtu, 13 April 2013



KETAM NIPAH BOLEH DIMAKAN, KETAM BATU TIDAK BOLEH DIMAKAN) KREDIT PADA SAHABAT HALAL JAKIM
Mengikut istilah sains, haiwan dua alam ini ada dua kategori iaitu reptilia dan amfibia yang mempunyai sistem pernafasan paru-paru. Edaran hidupnya sebahagian di dalam air dan sebahagian lagi di darat seperti katak, penyu, labi-labi, buaya dan seumpamanya.

Ketam nipah pula bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis rustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut. Oleh itu dari segi hukum ketam nipah ialah binatang yang boleh dimakan.

Kehidupan ketam nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang dua tiga hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati.

Sementara Ketam Batu adalah sejenis binatang dua alam yang hidup di air dan juga di darat kerana kehidupan sebenarnya di dalam air tetapi boleh hidup lama di darat. Menurut Mazhab Syafie, tiap-tiap binatang yang hidup dua alam adalah haram dimakan.


Apabila menyentuh tentang pemakanan, apa yang terpahat di fikiran adalah mengenai keenakan makanan tersebut. Kita jarang mengendahkan samada makanan tersebut selamat ataupun tidak untuk dimakan. Apa yang penting makanannya sedap dimakan. Tabiat begini sebenarnya perlu diubah bagi mengelakkan sebarang keracunaan makanan.
 
 
Keselamatan makanan bermaksud makanan yang bersih daripada kuman berbahaya, racun, toksin dan bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Keracunan makanan boleh berlaku sekiranya kita mengambil makanan yang tercemar dengan bakteria. Kesannya boleh dirasai selepas 3 hingga 24 jam yang boleh menyebabkan sakit perut, muntah-muntah dan cirit-birit. Berikut dinyatakan beberapa tips keselamatan makanan:
 
1. Pengendalian Bahan Mentah
 
 
Pastikan bahan mentah yang ingin dibeli masih segar atau dalam keadaan baik. Contohnya sayur-sayuran yang tidak bertukar warna, layu, berbau busuk atau berulat. Daging, ikan atau ayam juga perlu dalam keadaan segar. Jangan beli sekiranya ia telah berbau, berubah warna atau berubah tekstur. Seeloknya pulang segera selepas membeli bahan mentah dan makanan yang mudah rosak untuk mengurangkan makanan tersebut terdedah lama pada suhu bilik.

2. Membeli Makanan Yang Selamat


Baca label makanan yang ingin dibeli, jangan terpedaya dengan label yang hanya menarik pada bungkusan makanan. Teliti bahan-bahan yang terkandung di dalamnya dan pastikan makanan tersebut masih dalam keadaan baik dan belum tamat tarikh luput. Baca juga dengan teliti arahan 'cara penyimpanan' pada label, ia dapat mengelakkan makanan rosak sebelum tamat tarikh luput.


Jangan makan makanan dalam kotak atau tin sekiranya ia telah rosak dalam apa juga bentuk. Contohnya seperti penutup kotak retak, terbuka, koyak atau bocor. Jangan makan sekiranya tin telah berkarat, kemek, mengelembung, bocor atau telah tamat tarikh luput.

3. Pengendalian makanan yang selamat
 

 
Makanan yang mudah rosak hendaklah disimpan dalam peti sejuk di ruang yang sepatutnya dengan segera. Untuk mengelakkan pencemaran silang , pastikan makanan mentah seperti ayam, daging, ikan dan sebagainya diletakkan berjauhan daripada makanan yang dimasak. Makanan mentah kering seperti laksa, beras dan sebagainya pula hendaklah disimpan dalam keadaan kering kerana keadaan lembap akan menyebabkan pertumbuhan kulat.
 
4. Pengendalian makanan yang telah dimasak
  
Simpan makanan yang telah dimasak pada suhu yang sesuai bagi mengelakkan pembiakan bakteria. Makanan panas perlu diletak pada suhu yang panas, begitu juga sebaliknya untuk makanan yang sejuk.
Jangan mencampur adukkan makanan yang telah dimasak dengan makanan mentah di dalam peti sejuk. Makanan yang telah dimasak tetapi tidak dihidang hendaklah disejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam peti sejuk bagi mengelakkan peningkatan suhu.
Selain tips di atas, pastikan juga tangan dibasuh menggunakan sabun sebelum dan selepas menyediakan sebarang hidangan makanan. Pastikan peralatan dibersihkan sebelum dan selepas digunakan. Selamat menjaga keselamatan makanan demi kesihatan bersama!:)
 
 


 

Suka makan durian? Walaupun durian sering dikaitkan dengan baunya yang kuat dan busuk tetapi rasanya sungguh enak dan berlemak. Ramai yang menanti musim durian tiba antara bulan april hingga julai kerana ketika ini harga durian sangat murah dan banyak dijual di merata tempat termasuk di tepi-tepi jalan. Tetapi, tahu tak bagaimana cara memilih durian yang baik? Berikut disenaraikan 5 tips yang berguna untuk memilih durian yang baik.
 
1.  Duri
Pilihlah durian yang memiliki duri yang jarang, besar dan agak tumpul kerana biasanya durian jenis ini memiliki isi yang bagus, kering dan manis. Selain itu, duri yang agak tumpul akan lebih mudah untuk dibuka.

2.  Bentuk Buah
Durian yang memiliki bentuk unik dan tidak bulat biasanya memiliki isi yang tebal, manis, dan berbiji kurus.
 
3.  Baunya
 Durian yang matang akan mengeluarkan aroma yang kuat dan harum. Sebelum membeli durian, ambil baunya dengan cara merapatkan sedikit hidung ke kulit durian. Jika kurang berbau, ini bermakna durian tersebut tidak sempurna matangnya. Dikhuatiri buah tersebut matang secara tidak normal dan kemungkinan ia telah diperam. Buah yang diperam tidak lagi segar dan rasanya tidak berlemak seperti durian yang matang secara semulajadi.

4.  Kulit
Pastikan kulit luarnya tidak cacat. Jika ada cacat pada kulitnya (misalnya busuk atau ada lubang ulat) kemungkinan isi di dalamnya busuk dan tidak dapat dimakan. Elakkan dari memilih buah yang kulitnya sudah retak atau pecah pada hujungnya. Retak atau pecah pada bahagian kulit durian akan membuat isi di dalamnya bercampur dengan udara bebas yang mengakibatkan rasa buah menjadi masam atau tawar.

5.  Menggoncangkan Durian
Untuk memilih isi durian yang berkualiti dengan cara menggoncangkan buah dan rasakan getaran kecil di dalam buah. Letakkan kedua telapak tangan pada buah durian, diikuti dengan jari-jari tangan dan dipegang agak erat. Dan goncang secara perlahan-lahan. Jika dapat merasakan getaran kecil ini bermakna isi buah kering dan matang kerana isi yang kering akan terpisah dari dinding kulit dalam manakala isi yang lembab atau terlalu lunak akan melekat di dinding kulit durian tersebut.

PENGAT DURIAN
 
Durian bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, tetapi ia boleh dimasukkan ke dalam pelbagai jenis masakan. Cuba ini: Pengat durian, Durian pulut santan, Durian pulut kukus

DURIAN PULUT KUKUS