Glitter Text Generator at TextSpace.net Glitter Text Generator at TextSpace.net

Khamis, 4 Oktober 2012

Pai Tuna

  
Bahan Pastri

450gm Tepung Gandum - Diayak
25gm Mentega
1 Biji Telur
2 Sudu Besar Air
2 Sudu Besar Gula
Setengah Sudu Garam Halus

Inti Tuna
1 Tin Kecil KepingaTuna (Tuna Flake) - Dilecek
100gm Keju Cheddar
1 Biji Cili Benggala       - DiCincang
1 Biji Bawang Besar     - DiCincing 
5 Biji Cendawan Butang - DiHiris
100ml Susu Segar/UHT (Dalam Kotak)
1 Biji Telur
1 Susu Besar Tepung Jagung
Garam dan Serbuk Lada Sulah

CARA MEMBUAT
1)   Pastri:  Satukan mentega, gula dan garam.  Putar hingga kembang.  Masukkan Telur dan Air.
Putar lagi hingga sebati.  Akhir sekali masukkan tepung gandum.  Putar kelajuan perlahan hingga
menjadi doh.

2)   Canai doh dan letakan dalam acuan pai dan bakar pada suhu 180C selama 20 minit.  Sebelum dibakar
cucuk doh dengan garpu untuk mengelakkan ia menggelembung.

3)   Inti:   Ratakan ikan tuna pada kulit pastri

4)   Taburkan cili benggala, keju cheddar, cendawan butang dan bawang besar.  Ketepikan.  Satukan susu,
tepung jagung, garam, lada sulah dan telur dalam sebuah bekas.  Kacau rata dan tuangkan atas inti tadi. Bakar pai ini pada suhu 180C selama 20 minit lagi hingga keperangan.
   





 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan