Glitter Text Generator at TextSpace.net Glitter Text Generator at TextSpace.net

Ahad, 26 Ogos 2012

Minum Petang

Buku bijak memasak  banyak memberi imput berguna mengenai panduan resepi, teknik dan penerangan bahan-bahan berkaitan masakan dan pastri. Setakat ini baru buat dua resepi cucur udang dan mufin. Sweety Cup Butter Cookies wife belajar kat Angel Teluk Intan. Gambar tu lepas belajar terus buat alhamdulilah menjadi. Ingat lepas ini guna cup kecil nampak cute.  Anak-anak suka jadi seronok juga mencuba resepi-resepi ni buat minum petang sekeluarga. Selamat mencuba .........

CUCUR UDANG
250 gm tepung gandum
30 gm tepung beras
1/2 sudu teh yis segera
Garam secukup rasa
1/2 sudu serbuk kunyit
300-330 ml air
1 biji telur kuning
1/2 labu bawang besar - dicincang
60 gm tauge - dibuang ekor
5 tangkai daun kucai - dihiris
1 biji cili merah - dicincangBU
200 gm udang - dibuang kulit
1 biji telur putih
Minyak untuk mengoreng

Cara Membuatnya:
1.  Satukan semua tepung gandum, tepung beras, dan yis. Gaul rata kemudian masukkan garam dan serbuk kunyit.  Campurkan air dan kuning telur dan kacau hingga sebati.
2.   Masukkan bawang, tauge, daun kucai, cili dan udang, gaul sebati.  Dalam mangkuk bersih, pukul putih telur sehingga kental.
3.   Kacau putih telur ke dalam bancuhan cucur.  Biarkan selama 30 minit. Goreng sehingga keemasan, angkat dan tuskan.

MUFIN
2 1/2 cawan tepung campuran mufin
1 sudu teh vanila
1 biji telur gred A (telur biasa pun boleh digunakan)
1 cawan susu segar
Cara membuatnya:
1.   Pukul telur, vanila dan susu hingga sebati
2.   Masukkan tepung campuran mufin sekaligus. kacau rata, tidak perlu terlalu sebati atau hingga adunan licin dan halus.
3.   Isikan 2/3 penuh dalam bekas mufin. Bakar pada suhu 180C-200C darjah selama 18-20 minit.

MEMBUAT TEPUNG CAMPURAN MUFIN
8 cawan tepung serba guna (boleh didapati kek)
1 cawan gula kastor
1/2 cawan serbuk penaik (jenama Royal Baking Powder antara yang terbaik)
1 sudu besar garam
1 cawan lemak sayuran/vegetable shortening (sejuk) jenama Nona antara yang terbaik.
Cara Membuatnya:
1.   Satukan semua bahan kering.  Gunakan dua pisau untuk mengaulkan lemak sayuran dengan bahan-bahan lain. bahagikan dalam sukatan 2 1/2 cawan.
2.   Simpan dalam bekas kedap udara atau plastik (ikat ketat). Letakkan dalam peti sejuk.  keluarkan 2 jam sebelum digunakan.

*   Jika membuat dalam kuantiti yang banyak dan dalam dua atau tiga masa berbeza, tandakan tarikh membuatnya.   Dengan cara ini, tidak akan terkeliru dan boleh menggunakannya mengikut tarikh.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan